Saturday, January 21, 2017

Cara Kempiskan Perut Buncit - Kurangkan Kalori Bukan Makanan!

Cara Kempiskan Perut Buncit - Kurangkan Kalori Bukan Makanan!

Salah satu perkara yang kami belajar semasa kami nak turunkan berat badan adalah pentingnya tahu kemampuan badan untuk membakar kalori. Perkara ini sangat baru bagi kami. Walaupun kami pernah mendengarnya tetapi sebelum ini kami tidak berapa memahaminya. Sebenarnya ramai orang yang tidak tahu perkara ini sebab itulah susah untuk mereka turunkan berat badan apatah lagi nak kekalkan berat badan mereka.

Perkara pertama yang kita perlu tahu adalah kemampuan badan kita. Ada beberapa cara yang boleh kita lakukan. Yang terbaik adalah mendapatkan bacaan Basal Metabolic Rate (BMR) anda dengan menggunakan alat Tanita Scanner. Ini anda boleh lakukan dengan mengunjungi klinik atau kunjungi Kelab Sihat kami J Anda juga boleh mendapatkan kaedahnya dari carian Internet. Apabila anda telah tahu BMR anda kita boleh mengira Magic Number anda!

Apakah Magic Number?

Magic Number adalah nombor khusus tentang jumlah kalori yang badan anda perlu atau boleh ambil untuk mencapai matlamat berat badan anda. Ianya sesuai untuk mereka yang ingin turunkan berat badan, naikkan berat badan atau hanya untuk kekalkan berat badan. Jadi Magic Number ini sangat penting. Perlu tahu juga ianya boleh berubah mengikut keadaan badan kita khususnya dari segi % lemak, % air dan jisim otot badan kita.

Oleh itu sekiranya anda menghadkan pengambilan makanan mengikut Magic Number anda boleh mencapai kesan yang bagus dalam tempoh 10 hari ini!

Ingat SEMUA yang anda MAKAN dan MINUM ada kalori. Jom kita tengok contoh kalori makanan di Malaysia. (Kalori berikut adalah secara purata)
·         Makanan segera atau fast food adalah berkalori tinggi.
·         Minuman juga ada kalori kecuali air kosong.
·         Gula-gula dan kuih-muih juga mengandungi kalori.


Berikut adalah contoh kalori makanan kegemaran rakyat Malaysia. Anda boleh google untuk cari atau anda boleh guna apps dalam telefon pintar. Kini ada banyak yang boleh beritahu anda kalori makanan anda.


Jadi pastikan ANDA tahu MAGIC NUMBER anda. Sekiranya nak tahu boleh hubungi kami untuk buatkan temujanji, kami boleh lakukannya secara PERCUMA J Sila LIKE www.facebook.com/KelabSihatKita

No comments:

Post a Comment