Friday, January 27, 2017

Hari Keenam – Pastikan Keperluan Protein Harian ANDA cukup

Tahukah anda bahawa berat badan kita boleh samada sihat atau tidak sihat untuk kita?

Tidak semestinya seseorang yang besar itu tidak sihat dan tidak semestinya seseorang yang kurus itu sihat. Di sini kami ingin berkongsi tentang penurunan berat badan yang ideal.

Pertama kita mesti faham badan kita terdiri dari 3 perkara iaitu otot, air dan lemak. Itu sebab sangat penting untuk kita tahu komposisi badan kita. Mengetahui Body Mass Index atau BMI sahaja tidak mencukupi.

Untuk mengetahui komposisi badan kita boleh menggunakan alat Tanita Scanner atau Inner Scanner yang akan menghantar gelombang elektromagnetik melalui badan kita. 

Alat tersebut akan memberikan kita beberapa bacaan termasuk:
  • ·         Berat badan
  • ·         % lemak badan
  • ·         Bacaan lemak dalam atau lemak visceral (lemak di bahagian perut)
  • ·         Jisim otot
  • ·         Bacaan Basal Metabolic Rate atau BMR
  • ·         Umur badan
  • ·         Jisim otot
  • ·         Kadar fizikal tubuh
  • ·         % air badan

Semua bacaan di atas boleh didapati dengan menggunakan alat Tanita Scanner. Sekiranya berminat boleh dapatkan perkhidmatan secara PERCUMA di www.facebook.com/KelabSihatKita .

Bagi yang ingin turunkan berat badan, ada banyak cara. Yang paling popular adalah dengan mengurangkan makan atau DIET. Cara ini tidak berapa sihat kerana apabila kita kurang makan kita kurang nutrisi atau khasiat untuk badan kita. Ini mengakibatkan:
  • 1.     Kita berasa lapar dan kurang bertenaga (itu sebab ramai orang tidak boleh tahan untuk ber diet lama-lama).
  • 2.   Sistem immunity kita menjadi lemah dan mudah untuk sakit kerana kekurangan khasiat.
  • 3.  Berat badan kita turun tetapi yang turun adalah otot bukannya lemak. Ini mengakibatkan berlakunya REBOUND EFFECT apabila kita mula makan macam biasa kerana badan kita telah kehilangan otot, kadar metabolic menurun dan akibatnya kita membina lemak.

Dengan proram Kelab Sihat, kita masih kurangkan makanan Cuma kita focus kepada kalori yang betul berdasarkan Magic Number. Selain itu dengan bimbingan kita akan pantau makanan yang diambil dan kita akan pastikan pengambilan protein harian adalah mencukupi. Kesannya adalah:
  • 1.     Anda tidak berasa lapar malah anda akan rasa lebih segar dan bertenaga.
  • 2.    Sistem immuniti menjadi kuat dan
  • 3.    Apabila berat badan anda turun ianya adalah penurunan dari segi lemak dan bukannya otot.

Ini menyebabkan semua yang mengikuti program 10 hari kami mengakui merasakan badan mereka lebih ringan, lebih sihat dan lebih bertenaga!

Jom ke Kelab Sihat Kita untuk dapatkan pelan pemakanan serta bacaan badan anda.


Jom Sihat!

Tukar hobi anda menjadi sumber pendapatan dengan Passion2Income, dapatkan naskah anda hari ini www.MindAppz.com/promo/passion2income/MA04977

No comments:

Post a Comment