Saturday, January 21, 2017

Cara Kempiskan Perut Buncit - Kepentingan Minum Air

Kepentingan Minum AirCara Kempiskan Perut Buncit - Kepentingan Minum Air

Berapa banyak air anda minum setiap hari?

Badan kita memerlukan air yang banyak, kita perlu minum air yang banyak setiap hari melainkan dinasihati oleh doktor. Penghadan minum air oleh doktor adalah biasanya berkaitan dengan masalah buah pinggang dan salah satu punca buah pinggang bermasalah adalah kita kurang minum air.


Apabila kita mula meningkatkan pengambilan nutrisi serta pembuangan toksin, air adalah amat penting lebih-lebih lagi kalau kita nak kempiskan perut buncit kita atau ingin turunkan berat badan. Berikut adalah senarai kepentingan air untuk rujukan.


Apabila air tidak mencukupi kita akan mengalami ketidakselesaan apabila kita cuba untuk menurunkan berat badan kerana badan sedang bertindak untuk membuang toksin. Ini menyebabkan kesan sampingan seperti:
  • ·         Pening kepala
  • ·         Sembelit
  • ·         Citit birit
  • ·         Mual
  • ·         Ruam
  • ·         Sakit kepala
  • ·         Hati berdebar-debar

Perlu diingatkan bahawa kesan sampingan adalah berbeza untuk setiap individu. Hanya 80% akan mengalami kesan yang positif. Sekiranya kesan-kesan yang disebaraikan berlaku apa yang anda perlu lakukan adalah minum air lebih.

Apakah air yang terbaik?

Air yang terbaik adalah air kosong kerana tiada atau ‘0’ kalorinya!!! Jadi anda boleh jimat kalori dengan bertukar kepada air kosong.

Berapa banyak air perlu anda minum?

Secara purata berapa banyak air yang kita perlukan bergantung kepada berat badan kita. Contohnya setiap 25kg berat badan memerlukan 1 liter air. Jadi kalau berat kita 50kg kita perlukan 2 liter air setiap hari manakala kalau berat kita 75kg kita perlukan 3 liter air. Sekiranya kita perlu turunkan berat badan kita perlu minum air lebih banyak!

Berikut adalah carta keperluan air berdasarkan berat mengikut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia.


Berikut ini pula adalah tips untuk waktu terbaik minum air kosong. Cubalah amalkan.


Jadi pastikan anda minum air secukupnya setiap hari. Bagi kami di Kelab Sihat Kita kami menggalakkan pengambilan air kosong 3 hingga 4 liter sehari. Untuk orang beragama Islam kita boleh jadualkan mengikut waktu solat seperti berikut.

Subuh hingga Zohor
1 liter
Zohor hingga Asar
1 liter
Asar hingga Maghrib
1 liter
Maghrib hingga 10 malam (Isyak terlalu dekat J ) *
1 liter
* Jangan minum terlalu banyak sebelum tidur kerana kalau anda tidak buang air kecil dan tahan sepanjang malam semasa tidur boleh merosakkan buah pinggang anda.

Sekiranya maklumat ini bermanfaat & membantu sila kongsikan dan LIKE facebook kami di www.facebook.com/KelabSihatKita 


No comments:

Post a Comment