Pages

Friday, January 20, 2017

Impian menjadi kenyataan - Alhamdulillah!!!

Syukur Alhamdulillah, pada 16 Januari yang lalu buku Passion2Income yang kami karang dan terbitkan pada tahun 2009 kini boleh didapati sebagai sebuah eBook melalui M-Store di MindAppz.com

Terasa puas hati kerana memang dah lama ada niat untuk jadikannya sebagai eBook tetapi tidak berkesempatan. Syukur Alhamdulillah dengan bantuan sahabat kami Thinesh serta melalui platform MindAppz impian kami menjadi kenyataan. Kini buku kami bukan sahaja terhad untuk mereka yang menghadiri seminar kami tetapi ianya boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja di seluruh dunia melalui MindAppz. Sangat luarrrrrbiasa!


Buku ini merupakan ilham kami kerana kami ingin berkongsi bahawa pada zaman sekarang dengan adanya teknologi berbagai peluang terbuka luas dan kita semua ada pilihan untuk melakukan apa yang kita suka dan menjadikannya sebagai sumber pendapatan. Semoga apa yang dikongsikan boleh membawa manfaat untuk pe,baca kami nanti. InsyaAllah.

Semua orang boleh memiliki eBook kami dengan mudah, hanya daftar secara PERCUMA di MindAppz.com dengan link kami iaitu - https://www.mindappz.com/Invite/Promo/19945 

Kemudian pergi ke M-Store dan boleh dapatkan buku kami di situ.

Selamat membaca :)

No comments:

Post a Comment