Alhamdulillah, hari ini kami sekeluarga telah diberi taufik & hidayah serta peluang untuk menghadiri satu majlis ilmu di Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq, Bangsar. Perkongsian pada malam ini amat menarik sekali iaitu tentang hidayah.
Rupa-rupanya ada 5 jenis hidayah. Saya akan cuba berkongsi berdasarkan apa yang boleh saya ingat dan faham tadi.
1. Hidayah Tabiin atau Semulajadi
Menurut Ustaz, hidayah ini adalah hidayah semulajadi yang diberikan kepada semua makhluk termasuk manusia, haiwan dan tumbuhan.
Contohnya, anak penyu yang menetas akan terus menghala ke laut. Ini adalah hidayah tabiin. Ia tidak perlu diajar. Malah kajian para saintis menunjukkan anak-anak penyu akan ke laut. Mereka telah meletak telur penyu di antara sungai dan laut dan subhanAllah, anak penyu apabila menetas menghala ke laut.
Contoh manusia pula adalah apabila lahir sememangnya bayi akan menangis. Malah kalau tidak menangis doktor akan tampar dan bayi akan menangis. Bayi tidak perlu diajar untuk menangis. Inilah yang dipanggil Hidayah. Tabiin.
2. Hidayah Pancaindera
Hidayah ini adalah hidayah yang diperolehi melalui pancaindera kita. Contohnya, kalau kita sentuh cerek yang panas sudah pasti kita akan bertindakbalas untuk menarik tangan kita.
3. Hidayah Akal
Hidayah akal adalah yang membezakan manusia dengan binatang. Malah manusia adalah sebaik-baik kejadian kerana kita mempunyai kelebihan iman dan juga akal.
4. Hidayah Islam
Hidayah seterusnya adalah hidayah Islam. Kita bersyukur kepada Allah SWT kerana kita dilahirkan sebagai seorang islam atau kita menerima hidayah untuk memeluk Islam. Walaubagaimanapun ini tidak menjamin syurga di akhirat nanti.
5. Hidayah Taufik
Hidayah yang paling hebat adalah Hidayah Taufik. Contoh hidayah taufik ini sepertimana yang Ustaz kongsikan adalah katakanlah kita hendak pergi menunaikan solat fardhu di Masjid Saidina Abu Bakar as Siddiq. Kita tidak tahu jalannya dan kita berhenti bertanya kepada seseorang. Orang tersebut lalu mmemberikan kita panduan dan kita pun cubalah untuk sampai. Hidayah Taufik adalah di mana apabila kita bertanya, orang itu juga berkata dia hendak ke masjid lalu menaiki kereta bersama untuk membawa kita ke Masjid. SubhanAllah!
Hidayah Taufik adalah di mana kita timbul niat kemudian Allah membantu kita untuk melaksanakannya. Jadi kita mestilah berdoa agar sentiasa dikurniakan hidayah taufik. InsyaAllah.
Hi! I'm Coach Amirul. Welcome to my scribe. This is where I share my passion with people so that it can inspire and empower others. My passion includes health, personal wellness, online business, passive income, motivation and inspiration. Plus I love comics and soccer!
Thursday, March 21, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Something to Ponder: Have We Switched Realities?
Something to Ponder: Have We Switched Realities? Image credit: TheFreeThoughtProject 20 years ago, the internet was an escape from the rea...

-
Pilih Makanan GI Rendah Adakah anda memilih makanan yang berIndeks Glisemia (GI) rendah? Indeks glisemia (GI) ialah satu ukuran sece...
-
Topik 1: Diet Seimbang dan Nutrition - INTENSIVE BODY CLEANSING (IBC) Semasa berdiet, kita akan mengurangkan jumlah kemasukan kalori ke...
-
Been browsing the web since yesterday. Got to admit that now more than ever it is so important to have an online business that can provide y...
No comments:
Post a Comment