Pages

Friday, September 28, 2012

Mendidik Anak, soalan pertama perlu ditanya, 'Sudah Solat?'

Alhamdulillah, pada hari Jumaat baru-baru ini sekolah anak kami menganjurkan program solat Hajat untuk anak-anak kami. Pihak sekolah juga menjemput kami, ibubapa untuk bersama dengan anak-anak.

Selain solat hajat, kami membaca Yassin beserta tazkirah ringkas dari Ustaz Mohd Asri. Hari ini saya just nak berkongsi apa ilmu yang kami dapat dari tazkirah tersebut.

Tanggungjawab kita sebagai ibubapa pertamanya adalah menyuruh anak kit solat, beribadat dan belajar. Kerana kalau tidak disuruh ketiga-tiga perkara ini tidak akan dilakukan oleh anak-anak kita. Jadi apabila kita berjumpa anak kita, soalan yang patut ditanya adalah, Sudah Solat? Sudah Mengaji? Sudah Belajar? Bukannya Sudah Makan? :) Ini adalah kerana makan, kita tak perlu suruh. Dia lapar dia akan cari makanan. Bersamalah kita mengamalkannya. InsyaAllah.

Rezeki kita semua telah ditetapkan Allah SWT. Tetapi ianya boleh diubah dengan usaha dan doa dan keredhaan Allah SWT untuk memberikannya kepada kita. Doa adalah senjata orang Mukmin.

Sebagai ibubapa kita mesti memberi masa kita untuk anak-anak kita. Kalau kita rasa susah dan tiada masa pohonlah kepada Allah SWT agar kita diberikan masa. Doalah untuk anak-anak kita. Jangan putus berdoa untuk mereka agar mereka menjadi anak-anak yang solleh & sollehah. Sebutlah nama mereka di dalam doa kita. Mulakan doa dengan memuji Allah SWT dan diikuti dengan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Terdapat banyak waktu berdoa yang mustajab. Di antara yang telah dikongsikan oleh Ustaz Asri adalah:
1. Tatkala hujan turun - Allah SWT turunkan rahmat & rezeki, jadi berdoalah kita.
2. Tatkala kita mendengar ayam jantan berkokok - berdoalah
3. Di sepertiga malam - bangunlah di tengah malam, solat tahajud & berdoalah.
4. Di antara 2 khutbah di waktu solat Jumaat - ini adalah waktu yg baik bagi bapa-bapa untuk berdoa.

Bagi anak-anak, pastikan kita menghormati ibubap kita. Kasihilah mereka kerana kita tidak tahu berapa lagi kita dapat bersama mereka. Jangan malukan mereka dengan tindakan kita kerana apabila ibubapa kita malu maka Allah SWT akan murka dengan kita.

Pastikan kita jaga solat kita. InsyaAllah solat 5 waktu dan Allah SWT akan uruskan segalanya untuk kita. Percayalah. Solat tandanya syukur & kita mendapat keredhaan Allah SWT. Solat itu tiang agama. Dirikanlah solat.

Akhir sekali Ustaz ada berkongsi tentang hikmah 7 'Mubin' di dalam surah Yaasin. Setiap kali selepas membaca ayat 'Mubin', berdoalah dan mintalah apa yang kita hajatkan. Berdoalah untuk kesejahteraan anak-anak kita. Khususkan permintaan kita. Dengan kata lain be specific.

Begitulah sedikit sebanyak perkongsian pada kali ini. Semoga kita semua mendapat manfaat.

No comments:

Post a Comment