Topik 1: Diet Seimbang dan Nutrition - INTENSIVE BODY CLEANSING (IBC)
Semasa berdiet, kita akan mengurangkan jumlah kemasukan kalori ke dalam badan (nanti akan belajar dalam topik kalori). Secara semula jadi, apa sahaja yang kita makan memainkan peranan ke atas sel darah dan sistem badan.
Jika kita semata-mata mengurangkan jumlah pengambilan kalori dan berdiet tanpa mengambil berat apa yang kita makan, berat badan kita tetap akan turun. Tetapi, berat badan berpotensi naik balik dengan kadar yang sangat cepat disebabkan kepekatan toksin yang sedia ada dalam badan akan menarik toksin baru apabila kita kembali kepada cara pemakanan lama.
Kelebihan IBC DIET (Intensive Body Cleansing), nutrition vs eat clean ini sangat besar faedah pada badan yang mana seseorang itu bukan semata-mata turun berat dan lemak turut berkurang, tetapi juga berlaku peningkatan tahap kesihatan. Perbezaan akan dapat dirasakan. Kita akan rasa lebih segar, bertenaga, muka akan nampak segar dan berlaku perubahan bentuk yang ketara. Dari dagu berlapis kepada dagu runcing misalnya.
Semua sistem badan akan bertambah baik. Terutamanya sistem pernafasan dan pencernaan. Ingat! Nak kurus dan slim itu hanyalah matlamat jangka pendek. Nak sihat dan bebas penyakit adalah matlamat jangka panjang.
Seawal pagi kita bermula dengan Nutrition, diikuti dengan makanan berkhasiat semasa makan tengah hari dan makan malam diteruskan dengan Nutrition. Snacking pagi dan petang yang berkhasiat. Kemudian, mula melakukan pergerakan aktif dan mengamalkan gaya hidup sihat. Semua ini adalah kitaran pembersihan secara menyeluruh terhadap sistem badan yang bukan semata-mata diet!
BANYAK YANG BERLAKU DALAM AMALAN DIET, WALAUPUN BERJAYA MENGAWAL KALORI TETAPI TIDAK MAMPU MENURUNKAN BERAT DISEBABKAN BADAN YANG KEKURANGAN ZAT NUTRISI DAN VITAMIN PENTING YANG PATUT KITA AMBIL SEMASA DALAM DIET.
Secara faktanya, seseorang yang dalam diet tetapi makanan yang diambil tidak mengandungi nilai nutrisi iaitu zat-zat penting yang diperlukan oleh tubuh badan, akan terus mengalami kenaikan berat walaupun dia dalam keadaan berjaga-jaga.
Begitulah situasi yang berlaku hari ini. Orang ramai tidak kisah siapa pun termasuklah ahli dan petugas perubatan seperti doktor dan jururawat. Cuba pergi ke hospital dan lihat sendiri bagaimana keadaan di sana.
Jika sekitar tahun 80-an, dengan sebiji epal hijau sudah cukup untuk badan menerima zat dan nutrien yang mampu memberi kesan secara optimum pada sistem badan, namun pada era ini kita memerlukan 10 biji epal untuk dapat nilai yang sama.
Zaman terus berlalu. Kita telah melepasi era multivitamin sekitar tahun 80-an, era herba galian sekitar tahun 90-an, sistem imun dan kini kita memasuki era nutrition dan fitness yang mana satu era yang sangat canggih, mudah dan semua orang nak cepat hingga ia menjadi lifestyle.
Jika kita lihat di media sosial barat, gym, fitness dan gaya hidup sihat telah menjadi satu trend yang menjadi ikutan. Insya Allah, selama 30 hari ini sebenarnya saya tidak mengajar anda diet tetapi lebih kepada gaya hidup sihat aktif (healthy active lifestyle) dan dengan sendirinya pada sistem badan akan berlaku FASA PEMBERSIHAN SECARA MENYELURUH (INTENSIVE BODY CLEANSING) Flow program You Can Lose Weight From Home.
21 hari IBC DIET
3 hari BOOSTER CLEANSING
2 hari cheat day
Insya Allah dalam masa 30 hari ini kita sama-sama akan belajar.
Di sini saya kongsi sedikit tentang trend diet yang biasa kita dengar.
No comments:
Post a Comment