Komunikasi Visual Spontan: Kemahiran yang Mahasiswa Perlukan Sekarang
Pada 23 Oktober 2026, Utusan Malaysia menyiarkan artikel Dr. Ruzaimi Mat Rani bertajuk "Komunikasi visual spontan penting dalam pendidikan tinggi". Artikel ini berkongsi pengalaman program Visual Leaders yang kami kendalikan untuk 20 mahasiswa UniSZA pada 20–21 Oktober lalu, anjuran Pusat Pemindahan Ilmu dan Pendidikan Berterusan (P2P) UniSZA.
Masalah yang jarang dibincangkan
Mahasiswa hari ini membaca artikel, menghadiri kuliah dan menyiapkan tugasan. Tetapi memahami sesuatu tidak sama dengan mampu menjelaskannya. Perbincangan projek menjadi panjang, pembentangan kumpulan tidak teratur, dan idea yang baik gagal difahami oleh orang lain.
Apa itu VCTF?
Visual Communication Through Freehand ialah kemahiran menggunakan lakaran ringkas (garisan, bentuk, anak panah dan teks pendek) untuk menyusun dan menyampaikan idea. Yang dinilai bukan kecantikan lukisan, tetapi kejelasan maklumat.
Apa yang mahasiswa lakukan
Hari 1 bersama Dr. Ruzaimi membina asas visual. Hari 2, mereka belajar tiga alat (Bubble Diagram, P.S.T dan Functional Diagram), kemudian terus mengaplikasikannya untuk:
1. FAHAM – menukar nota kuliah yang padat kepada satu visual
2. TERANG – merancang pembentangan tugasan secara berkumpulan
3. YAKINKAN – pitch idea dalam 60 saat
Kata mahasiswa
"Program yang amat menarik dan mengubah cara berfikir dan menzahirkan idea melalui lukisan."
"Sangat berguna kerana membantu menyusun idea dengan lebih mudah."
"Informal knowledge tapi sangat bantu urusan formal."
Langkah seterusnya
Setiap peserta pulang dengan Cabaran 7 Hari: satu visual sehari dalam pengajian sebenar. Kerana kemahiran sebenar bukan dibina dalam bilik latihan, tetapi dalam amalan selepasnya.
Untuk IPT, fakulti atau pusat kerjaya yang berminat membawa program ini kepada pelajar, hubungi saya untuk maklumat lanjut.
Rujukan: Utusan Malaysia, 23 Oktober 2026, ms 20–21. Buku: Profits from Visuals (Dr. Ruzaimi Mat Rani, Amirul Iskandar Mannan, Dr. Izham Abdul Ghani).

No comments:
Post a Comment