Pages

Sunday, October 21, 2018

Anda Peminat Minuman Tinggi Gula?

Anda Peminat Minuman Tinggi Gula?


Sekiranya anda penggemar teh tarik, milo dinasour, green tea thailand, ice blended, minuman hipster dan minuman berkarbonat,


Info ini untuk anda ambil tahu:

 Kajian terbaru telah membuktikan pengambilan minuman tinggi gula akan menyebabkan peningkatan dalam jumlah kalori harian dan menjadi punca kepada penyakit metabolik, masalah obesiti, masalah hati berlemak.

 Orang yang minum minuman tinggi gula TIDAK merasa kenyang walaupun mereka telah mengambil kalori yang sama dari makanan pepejal (seperti nasi).

 Sepinggan nasi dan segelas minuman manis mungkin memiliki kalori yang sama, namun anda TIDAk akan berasa kenyang jika minum minuman tinggi gula berbandig makanan pejal seperti nasi.

 Ini boleh mendorong seseorang untuk terus makan walaupun selepas pengambilan minuman berkalori tinggi.

 Kalori berlebihan akan di simpan sebagai lemak yang mengakibatkan perut dan peha anda melimpah.

 Selain itu, minuman seperti ini juga bukan murah harganya. Kadang kala, harga minuman mungkin lebih mahal berbanding makanan yang di beli.

Kajian juga telah membuktikan, dengan mengurangkan pengambilan minuman tinggi gula, risiko untuk mendapat penyakit metabolik juga berkurangan.
Owh ya, sekiranya anda ingin berdiet, minuman manis adalah perkara utama yang perlu di jauhi.
Kredit Public Health Malaysia

PS - Sekiranya berminat untuk lebih info boleh klik http://kelabsihatkita.wasap.my

No comments:

Post a Comment