Cara Kempiskan Perut Buncit - Kurangkan Kalori Bukan Makanan!
Salah satu perkara yang kami
belajar semasa kami nak turunkan berat badan adalah pentingnya tahu kemampuan
badan untuk membakar kalori. Perkara ini sangat baru bagi kami. Walaupun kami
pernah mendengarnya tetapi sebelum ini kami tidak berapa memahaminya.
Sebenarnya ramai orang yang tidak tahu perkara ini sebab itulah susah untuk
mereka turunkan berat badan apatah lagi nak kekalkan berat badan mereka.
Perkara pertama yang kita perlu
tahu adalah kemampuan badan kita. Ada beberapa cara yang boleh kita lakukan.
Yang terbaik adalah mendapatkan bacaan Basal Metabolic Rate (BMR) anda dengan
menggunakan alat Tanita Scanner. Ini anda boleh lakukan dengan mengunjungi
klinik atau kunjungi Kelab Sihat kami J Anda
juga boleh mendapatkan kaedahnya dari carian Internet. Apabila anda telah tahu
BMR anda kita boleh mengira Magic Number anda!
Apakah Magic Number?
Magic Number adalah nombor khusus
tentang jumlah kalori yang badan anda perlu atau boleh ambil untuk mencapai
matlamat berat badan anda. Ianya sesuai untuk mereka yang ingin turunkan berat
badan, naikkan berat badan atau hanya untuk kekalkan berat badan. Jadi Magic
Number ini sangat penting. Perlu tahu juga ianya boleh berubah mengikut keadaan
badan kita khususnya dari segi % lemak, % air dan jisim otot badan kita.
Oleh itu sekiranya anda
menghadkan pengambilan makanan mengikut Magic Number anda boleh mencapai kesan
yang bagus dalam tempoh 10 hari ini!
Ingat SEMUA yang anda MAKAN dan
MINUM ada kalori. Jom kita tengok contoh kalori makanan di Malaysia. (Kalori
berikut adalah secara purata)
·
Makanan segera atau fast food adalah berkalori
tinggi.
·
Minuman juga ada kalori kecuali air kosong.
·
Gula-gula dan kuih-muih juga mengandungi kalori.
Berikut adalah contoh kalori
makanan kegemaran rakyat Malaysia. Anda boleh google untuk cari atau anda boleh
guna apps dalam telefon pintar. Kini ada banyak yang boleh beritahu anda kalori
makanan anda.
Jadi pastikan ANDA tahu MAGIC
NUMBER anda. Sekiranya nak tahu boleh hubungi kami untuk buatkan temujanji,
kami boleh lakukannya secara PERCUMA J Sila
LIKE www.facebook.com/KelabSihatKita
No comments:
Post a Comment