Pages

Sunday, August 11, 2019

6 Must Know Strategies to Score Straight As in SPM

6 Mesti Tahu Strategi Untuk Score Semua A dalam SPM


1. Mesti ada jadual waktu belajar yang padat dan betul - susun jadual anda, pastikan anda rancang hari anda. Jangan tidur sebelum anda tahu apa yang akan anda buat esok! Bak kata pepatah Inggeris oleh Benjamin Franklin, 'If you fail to plan, you plan to fail'. Ramai yang gagal sebab tidak rancang masa mereka dengan betul. Ingat semua orang ada masa yang sama = 24 jam sehari. Bezanya adalah apa yang anda buat dengan masa anda.

2. Sediakan Minda Anda Untuk Masuk ke dalam Sewan Peperiksaan. - Ini sangat penting. Ramai students yang terkejut apabila masuk exam hall. Mentally tak ready. Soalannya macamana nak get mentally ready? MUDAH, pertama sekali ANDA mesti terima hakikat ANDA akan tempuhi SPM ini samada anda suka atau tidak & samada anda sedia atau tidak. Masanya akan TIBA juga. InsyaAllah. So condition diri anda. Tahu bila mula, tengok jadual periksa. Tahu setiap hari paper apa so that boleh rancang studies anda. Bila nak masuk exam hall, doa banyak2x jangan putus doa. Kita usaha, the rest we leave to god.

3. Tahu strategi yang sesuai untuk setiap kertas anda - kertas berbeza strategi berbeza, jangan main belasah. Contoh, cara nak jawab soalan kertas Fizik mesti fokus soalan apa. Tahu dari mana markah akan datang dan macamana markah akan diberi. Ini semua taktik. Setakat belajar sahaja tak cukup. SEBAB itu sekarang orang perlukan COACHING dalam pembelajaran bukan belajar buta sahaja. Kena ada feedback apabila kita belajar.

4. Selepas belajar atau ulangkaji 30 hingga 40 minit pastikan anda REHAT atau take a break! - Jangan pulun 10 jam straight. More does not mean good all the time. Kena faham kajian menunjukkan manusia hanya boleh fokus dalam 30 hingga 40 minit sahaja. Malah sekarang waktu fokus kita makin berkurang kerana kita sentiasa di ganggu dengan pelbagai iklan melalui media sosial dan sebagainya. Jadi semasa belajar pastikan handphone off.

5. Kalau dah dekat sangat nak SPM, tinggalkan buku tapi fokus kepada NOTA anda. Kalau nak pulun buku takut tak sempat. Itu sebab sangat penting anda tulis nota sendiri. Yg terbaik pastikan nota anda berkualiti. Gunakan banyak visual supaya anda senang ingat dan paling penting FAHAM. Ini sangat penting kerana zaman sekarang kita semua berfikir lebih banyak menggunakan VISUAL berbanding perkataan. Cubalah, anda akan lihat perbezaannya nanti!

6. Practice, practice, practice - tiada short cut. Buat latihan yang sangat banyak! Takde cara lain nak berjaya mesti banyak buat latihan. Lebih2x lagi untuk subjek seperti matematik & matematik tambahan.

Semoga membantu semua calon SPM untuk berjaya!

PS - Boleh cuba eTuition kami kalau anda memang kaki online, klik untuk lebih info - https://www.wasap.my/601156659545/etuitionspm

#tipsforspm
#spm
#spm2019
#spmtips
#spmstudytips

No comments:

Post a Comment