Pages

Sunday, May 15, 2011

Anak Menghadapi Masalah Pelajaran di Sekolah?

Hari ini merupakan hari guru. Selamat hari guru diucapkan kepada semua guru di atas segala usaha untuk mendidik anak bangsa menjadi orang yang berpengetahuan dan berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Baru-baru ini saya telah diminta untuk membuat 1 sesi motivasi untuk para pelajar yang agak lemah dalam pelajaran mereka di sekolah anak-anak saya. Pelajar-pelajar ini terdiri dari pelajar darjah 4 hingga darjah 6. Jadi  saya dan isteri buat 1 program yang kami panggil program Sinar Harapan. Sepanjang sesi itu barulah saya sedar betapa mencabarnya mendidik anak-anak kita. Ada saje jawabnya. Kepada semua cikgu, teruskan usaha murni anda. You guys are the best!!!

Anyways semasa sesi tersebut saya dapati kebanyakkan masalah pelajar ini adalah tiada support dari rumah. Sekadar ke sekolah sahaja tidak mencukupi lagi hari ini. Keadaan semakin mencabar dan saingan memang sengit tetapi pelajar-pelajar ini sudah tidak kisah. Antara perkara yang kita boleh buat untuk anak-anak kita adalah;

1. Luangkan masa untuk mereka, berbual dan bertanya, jadilah kawan kepada mereka. Mereka akan membesar dengan begitu cepat.

2. Sediakan tempaat yang khusus dan sesuai untuk belajar bersama di rumah. Ingat BELAJAR BERSAMA. Di rumah kami ada satu ruang di mana semua ahli keluarga akan duduk bersama untuk belajar bersama.

3. Habiskan 1 jam setiap malam bersama-sama anak-anak. Apa yang kami buat adalah kami buat latihan online melalui program Focus A. Anak-anak kami telah guna pakai sejak bulan Jun tahun 2010. Alhamdulillah keputusan mereka amat baik dan yang paling hebat mereka amat selesa menggunakan komputer. Anda boleh lihat sendiri di laman www.focusa.com.my/demo.htm

Portal ini memang bagus. Anak2x kami suka & seronok belajar sebab ianya interactive. Tambahan pula ada online games yang education related yg boleh mengasah minda mereka.

Sekiranya berminat untuk mendapatkannya boleh hubungi kami di 0162626741.

4. Untuk anak-anak yang belum bersekolah dan baru nak belajar bercakap ada 1 laman web yang amat baik iaitu www.starfall.com . Anak2x akan seronok sebab very interactive.

Sekiranya anak2x ada masalah di sekolah kita kena tanya diri kita apa sumbangan kita. Anak2x adalah amanah. Biarlah kita bersusah sedikit sekarang dari susah kemudian. Remember Knowledge is POWER!

No comments:

Post a Comment