Pages

Thursday, October 1, 2009

Bank Persatuan Malaysia Berhad (BPMB)

Acapkali, apabila saya berbual dengan rakan-rakan, ramai yang meluahkan kekesalan kerana tidak lagi boleh melabur di dalam Bank Rakyat (BR). BR adalah salah sebuah bank koperasi yang terkenal di Malaysia. Ramai yang tertarik dengan dividennya yang
tinggi i.e. 15% tahun-tahun sebelum ini dan 20% untuk tahun 2007 (bandingkan dengan Tabung Haji 5% dan ASB 8%). Dividen-dividen ini adalah yang tertinggi antara bank-bank di Malaysia. Cuma, tiada pelaburan baru boleh dibuat kerana saham-saham keahlian sudah penuh. Sebarang pelaburan baru hanya boleh dibuat sekiranya ada ahli yang menjual saham-saham mereka.

Tidak ramai yang tahu kewujudan sebuah bank koperasi lagi. Bank Persatuan Malaysia Berhad (BPMB) asalnya ditubuhkan untuk membantu para petani dan nelayan di utara semenanjung. Sekarang BPMB meluaskan perkhidmatannya melalui 10 cawangannya
termasuk yang terbaru di Shah Alam. (Rujuk website www.bankpstn.com.my untuk keterangan lanjut)

Secara peribadi saya sukakan bank koperasi kerana sebagai ahli, kita memiliki bank tersebut. Pada dasarnya, bank untuk ahli.

Bank-bank ini juga menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan khas untuk ahli-ahlinya. BPMB juga tidak terkecuali. Bayaran permulaan keahlian amat rendah. Jika tidak salah, saya menjadi ahli dengan modal RM500 sahaja.

Antara kelebihan menjadi ahli ialah:-

1) Purata pulangan dividen 12% setahun

2) Dengan baki keahlian RM500,percuma pelan Perlindungan & Simpanan Pendidikan untuk anak-anak berumur 17 tahun ke bawah, Simpanan Al-wadi’ah “Hasanah”.

3) Khidmat pembiayaan khas untuk ahli-ahli

4) Skim-skim kebajikan ahli termasuk belanja khairat kematian, pendidikan, pembedahan dan lain-lain lagi

Yang penting sekali, BR dan BPMB, kedua-duanya beroperasi dengan prinsip Islam sepenuhnya. Sebagai ahli, saya juga berbangga kerana dapat sama-sama membantu rakan-rakan ahli koperasi yang lain dan dalam masa yang sama meningkatkan ekonomi dan masyarakat setempat.

No comments:

Post a Comment